Program Info on Wheels Merdeka 2020

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Program info on wheels (IOW) merdeka 2020 merupakan satu inisiatif dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat melalui hebahan unit bergerak sebagai medium perantara dalam memberi penerangan berhubung isu nasional dan semasa.

Dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, KRT Kg Chengal dan Pusat Internet Kg Chengal program ini berjaya menyemarakkan hari kebangsaan yang ke-63 seperti mengajak komuniti Kg Chengal untuk bersama-sama mengibarkan jalur gemilang di halaman luar pusat internet.

Selain itu, program IOW ini juga memberikan informasi kepada komuniti Kg chengal tentang tatacara pemasangan bendera dengan cara yang betul melalui risalah yang di edarkan serta maklumat lain seperti memutuskan rantaian COVID-19 dengan memberi penjelasan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kepada masyarakat.

IOW Merdeka turut menguar-uarkan program Merdeka Moments yang menggalakkan rakyat Malaysia memuat naik gambar atau video mengenai aktiviti pemasangan atau kibaran Jalur Gemilang ke media sosial dengan menyertakan tanda pagar #merdekamoments #MalaysiaPrihatin dan #KibarJalurGemilang bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program’ Info On wheels’ merdeka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas